Berjalan di Jalan Masjid India

September 29th, 2008  Tagged , ,

Bila masa nak dekat raya, mesti havoc di Jalan Masjid India. Semua perniaga sibuk mendapatkan pelangan. Keadaan orang di sana pun sibuk, maca PC Fair tanpa peralatan komputer.

Aku baru sahaja pulang dari berjalan di Masjid India. Aku bersama Ray bukan nak membeli-belah, shopping raya, tapi nak tengok mereka yang masih kecoh ber-shopping raya.

Pelbagai gelagat perniaga ada. Ada yang pakai Megaphone, alat pembesar suara mudah alih. Ada yang lengkap dengan sistem PA dengan microphone tanpa wayar, macam konsert hip-hop pun ada. Ada yang pasang lagu dangdut sambil perkeja kedai semua menari lenggokan dangdut.

Yang paling hebat kedai yang ada orang berpakaian baju melayu dengan tag “new arrival”. Mati-mati aku ingat dia itu patung.

Bermacam variasi barang-barang yang diniagakan. Baju Raya, seluar Raya, kasut Raya, songkok Raya, sampin Raya, jam Raya, bunga Raya dan yang paling penting sekali berus gigi Raya yang berjenama “oral B”, harga seringgit.

Memang lebih afdal kalau pagi raya itu kita berus gigi kita.

Sedang kami berjalan di kaki lima deretan kedai, kami sering ditegur gadis-gadis comel, “Bang, masuk lah dulu. Boleh cuba” kata mereka dengan suara lembut manis meraka.

Nasib baik sini Masjid India dan bukannya lorong gelap di sekitar bukit bintang. Meraka sedang menjual baju melayu dan bukanya menjual perkhidmatan …

Berjalan-jalan di sana di waktu nak dekat Raya ini, membawa kenangan-kenangan sewaktu aku bebudak dulu. Ibu bapa aku selalu pergi Globe untuk beli kain, langsir dan entah apa-apa lagi entah.

Aku masih ingat lagi. Selalu ada konsert live di depan pasaraya Globe. Underground gig di hadapan Globe. Pengasas-pengasas artis indie. Mereka juga ada album mereka sendiri.

Album keset, bukan album gambar.

Aku kagum dengan semangat mereka memperjuangkan musik, walau pun mereka cacat penglihatan.

Tapi sekarang tiada lagi. Globe pun sudah bertukar menjadi “Sarah Hughes @ Globe”. Siapa entah si Sarah Hughes ini pun aku tak kenal.

Setelah sebulan berpuasa

September 29th, 2008  Tagged , , ,

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini masanya telah tiba. Masa yang dinanti-nantikan oleh semua. Masa yang ditunggu-tunggukan semua. Masa untuk kita raikan.

KAMI kini akan berada di layar perak. KAMI the movie. October ini.

Siapa nak join aku?

Jebonisme?

September 19th, 2008  Tagged ,

Jebonisme? Jangan buat aku gelak. Dunia siber ini hanya cukup besar untuk satu ‘Jebon’.

Jiboneus.com

Yang jauh lebih kacak dan macho, dengan ejaan yang jauh lebih moden, ‘Jibone’.

Lain kali baca betul-betul

September 11th, 2008  Tagged

Hari ketiga aku berbuka di rumah kawan. Pelbagai juadah dibeli dari Pasar Ramadan. Ikan bakar, Ayam percik semua ada.

“Dah boleh buka” Kata seorang teman sambil mencapai cawan berisi air soya lalu meminumnya.

“Belum lagi lah” Kata teman aku lagi seorang.

“Dah lah” Dia kata sambil tunjuk di kaca TV.

“Sebentar tadi telah masuknya waktu Maghrib buat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.” Dia baca dari kaca TV.

Biar betul, aku cuba baca.

“Sebentar lagi lah wei,.. bukan sebentar tadi” Kata aku pada teman aku yang sedang mengomel ayam percik.

“Eh?” Dia tengok aku dengan muka tidak percaya. Azan pun berkumandang di TV.

Selamat Berpuasa Semua.

Tahniah Friendster!

September 5th, 2008  Tagged , ,

Jibone suka sistem blog terbaru dari Friendster.

Baru-baru ini aku dapat email dari Friendster. Mereka pelawa aku untuk mencuba sistem blog terbaru mereka. Aku setuju untuk mencubanya. Mereka memindahkan post lama aku ke blog baru.

Aku suka.

Dari apa yang dapat dilihat, meraka menggunakan sistem Wordpress. Aku memang gemar Wordpress. Aku guna wordpress untuk semua laman blog aku yang lain. Yang paling ketara adalah blog Jiboneus.com

Kini aku ada semangat baru untuk meng-update Gile Kentang selalu.

Maharani

August 31st, 2008
Butterfingers

Mereka kate aku gile. Lagilah aku suke. Otak aku geliga. Fikiran luar biase.

Mereka kata ku samseng. Tapi aku tak ambil pusing. Pedulikan semua. Fikir apa yang penting.

Mereka kata ku tipu. Tapi ku tak meniru. Mereka semua pemburu. Pemburu yang cemburu.

Butterfingers2

Jangan percaya kata mereka. Sudah aku kenal pasti. Kau pujaan hati. Cinta sejati memang boleh dibeli. Tapi tak mungkin ditukar ganti. Akan aku taati Maharani.

Butterfingers3

*****

Seperti Butterfingers, Gile Kentang juga telah kembali.

Blog terungul di alam semesta

July 18th, 2008
Sambil melepak di rumah. Dua rakan sibuk berdepan dengan computer riba (laptop) masing-masing. ‘Zaman IT’ itu apa meraka kata. Sebenarnya dia menggunakan talian Streamyx aku kerana account dia kena potong.

“Bro, ko layan blog kan?”

“Ha’ah”

“Blog ape yang best?”

Jiboneus.com

“Huh? ape dia?”

Jiboneus.com

“Macam mana nak eja?”

“J… I… B… O… N… E… U… S… dot com”

Tap, tap, tap, dengan bunyi org menaip.

“Siut lah! ni blog ko,.. blog lain? Blog yang best”

“Itu lah dia, blog berunsur ilmiah web yang terunggul di alam semesta. Tiada tandingan.”

“Siut lah,…”

Sepuluh minit kemudia.

“Ko tengah baca blog aku ke?”

“Tak. tengah baca Chedet”

******
blog berunsur ilmiah yang terunggul di alam semesta, Jiboneus.com.

Dapatkan Sony VAIO percuma

July 15th, 2008

Ramai diantara kalian tidak tahu. Aku sebenarnya adalah seorang perisik handalan, secret agent. Aku tak buat kerja ini secara fulltime cuma secara freelance sahaja.

Baru-baru ini aku dipanggil oleh Sony untuk membantu mereka mencari kembali teknologi VAIO yang telah hilang. Kamu semua boleh baca dengan lebih lanjut di laman blog aku.

Aku seorang tidak berdaya untuk menyelesaikan kes ini. Bantuan kalian amat di perlukan.

Register diri anda di laman web rahsia Sony. Pihak Sony juga akan memberikan laptop VAIO percuma sebagai ganjaran. Apa tunggu lagi daftarlah cepat.

Aku ingin beraya di angkasa

October 10th, 2007

Masa aku di bangku sekolah rendah dulu, cikgu aku penah tanya, apakah cita-cita aku. Aku cakap aku nak jadi astronaut, seorang angkasawan. Kawan-kawan aku gelakkan aku. Cikgu aku kata jadi lah engineer ke, scientist ke. Dia kata aku terpengaruh dengan wayang-wayang seperti StarWars katanya.

Aku salahkan mereka semua sebabnya aku hari ini, engineer, di rumah duduk depan kaca tv melihat orang lain yang berjaya ke angkasa lepas. Siut lah,…

Tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mungkin cikgu dan rakan-rakan kamu tidak penah gelakkan cita-cita kamu.