Hidup mesti gile kentang!

October 12th, 2006

Jibone sudah botak

Buat pertama kalinya dalam sejarah Jibone akan memblog dalam Bahasa Melayu. Gile kentang tu. Pada mulanya takut juga nak memblog dalam Bahasa Melayu, bukan apa, takut “I sound like, stupid, if I blog in Malay“.

Kepada meraka yang belum lagi tahu, ya, Jibone dah membotakkan dirinya seperti apa yang dapat dilihat pada gambar. Boleh dikatakan kali terakhir Jibone botak sebegini adalah lebih kurang 23 tahun yang lepas. “Jibone World!” kata Mawi bila dia dapat MMS, mesej bergambar, yang Jibone dah botak.

Akan tetapi, gambar tersebut telah diambil 3 atau mungkin 4 bulan yang lepas. Agak lama lah juga. Rambut telah tumbuh kembali. Jibone dah tidak sebotak seperti ape yg dilihat. Kepada meraka-meraka yang nak kutuk tu, sila simpan kutuk-kutukan anda untuk 2 atau 3 dekad yang akan datang.

Blog ini hanya-lah suatu experimentasi. Jibone sebenarnya bergiat sepenuh masa menulis di blog.jiboneus yang berbahasa English. Blog tersebut banyak membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan teknologi secara am nya dan secara krususnya teknologi web, ‘Web2.0″. Mungkin disebabkan itu, blog tersebut, pada alamat laman webnya http://blog.jiboneus.com, adalah lebih sesuai berbahasakan English.

Perasan tak termasuk yg in, dah 3 kali aku sebut Blog.Jiboneus termasuk linknya sekali. Apa lagi, click lah!

Akhir kata, “Hidup mesti gile kentang!”.