Disclaimer Gile Kentang
Agak berbeza memblogging di Friendster, berbanding di tempat lain. Ya, aku ada banyak memblog di tempat lain. Sudah pelbagai perisian blog aku cuba. Tapi tidak banyak antara kamu, kawan-kawan aku di Friendster ini tahu akan kewujudan blog-blog tersebut. Hanya segelintir dari meraka yang tahu, itu pun bukan aku yang bagi tahu, meraka jumpa sendiri. Jangan tanya, cari sendiri.
Bezanya blog di sini, yang datang membaca adalah dari kalangan kawan-kawan atau contact yang telah aku add sebagai ‘kawan’. Meraka yang akan baca entri dalam blog ini adalah mereka yang kenal akan diri aku atau mereka yang fikir mereka kenal diri aku. Aku sediri belum kenal siapa diri aku, tapi ada yang kata mereka kenal masak dengan diri aku, pelik.
Oleh itu, agak sukar untuk aku, ‘kencing’ sikit sana-sini, menolak/tambah sini-sana, atau mereka-reka cerita untuk mempoyo-poyokan diri dan juga blog ini. Sudah tentu ada sahaja yang ingin membetulkan aku. Ada sahaja yang merasa ianya menjadi tanggungjawap mereka untuk mununjuk, mengetengahkan, point-out, kesalahan aku. Maklumlah, masyarakat Malaysia memang suka mencari kesalahan masyarakat Malaysia yang lain. Tiada yang betul atau kurang betul, semua hanya silap atau kurang silap.
Kita dilahirkan untuk membuat silap dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk point-out kesilapan tersebut. Mereka rasa meraka sudah hebat bila dapat kenal pasti kesilapan orang lain. Mereka akan berhenti sejauh itu, tidak pula disertakan pembetulannya atau cara bagaimana untuk membetulkan kesilapan aku atau orang lain. Mungkin mereka sendiri tidak tahu bagaimana. Mereka hanya tahu apa yang salah tapi tidak pula tahu apa yang betul.
Mereka yang buat salah akan dibicarakan, mereka yang tidak bersalah dilupakan begitu sahaja. Itulah hakikat dunia.
Mereka yang memandu laju, melangar lampu merah ditahan dah diberi saman. Meraka (seperti aku) pemandu berhemah, yang mematuhi had laju jalan raya, yang berhenti pada lampu merah walaupun pukul 3 pagi dan tiada kerata lain, tidak pun diberi perhatian. Mana ganjaran aku? Mana sijil aku? Mana reward aku? Ada polis tahan aku semasa aku memandu mengikut had laju untuk memuji aku? Tidak ada. Mereka buat tak tahu je.
Mereka telah dilatih untuk hanya mencari kesilapan orang, dan begitu jugak dengan segelintir dari kamu semua. Yang salah, yang jahat akan diketengahkan untuk mendapat perhatian ramai, manakala yang betul, yang baik, diabaikan begitu sahaja.
Oleh yang demikian aku mengambil kesempatan ini untuk menulis disclaimer bagi blog ini terlebih dahulu sebagai jaring keselamatan jika belakunya sesuatu yang tidak diingini. Selepas ini, tak payahlah buang masa kamu untuk meneliti aku bawah kanta mikroskop pencari kesilapan kamu semua.
Segala apa yang tertulis dalam blog ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup, yang mati, yang belum lahir mahupun yang tengah nazak, nyawa-nyawa ikan sedang menunggu ajal. Jika ada, ianya adalah secara tidak sengaja, walaupun besar kemungkinan ianya disengajakan, anggap sahaja ianya tidak disengajakan. Kalau aku ditanya, aku tidak akan mengaku, jadi jangan buang masa anda.
Hidup mesti gile kentang.
Nostalgia…
Macam tak percaya sahaja. Yang aku pada suatu ketika zaman dahulu kala penah minat akan lagu dan kumpulan ini. Tapi ini kali pertama aku tengok klip videonya. Macam nak tergelak pun ada.
Basan-bosan tak ada kerja, layan YouTube mencari klip video lama untuk digelakkan, seronok juga.
Di tangkap khalwat
Terbaca aku dalam laman web Harian Metro mengenai kes “anak pelakon khalwat” di Langkawi. Jangan ditanya bagaimana aku boleh berada di laman web tersebut. Aku selama ini cuba mengelakkan diri dari baca surat khabar atau apa-apa publikasi media arus perdana (mainstream media) sama ada yang lokal, global, atau glokal. Terlalu depressing.
Kembali kepada berita anak pelakon khalwat tadi yang menarik perhatian aku. Bukan kerana aku ingin tahu siapa awek yang dimaksudkan itu, cun ke tidak, atau details lain, seperti apa yang mereka sedang lakukan bersama sebelum datangnya penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi, PADAL.
Sebab tertulisnya berita tersebut kerana yang tertangkap itu anak seorang pelakon dan pengacara TV. Anak kepada orang yang dikenali ramai. Cuba kalau aku yang ditangkap khalwat, apa yang akan ditulis? “Anak seorang engineer khalwat”? Wartawan Harian Metro buat tak tahu je. Buang masa dia je nak tulis.
Jadi, siapakah aku? aku tidak mempunyai identiti, tiada nama atau kaitan dengan siapa-siapa yang ada. Siapa yang nak tulis pasal aku bila aku dicekup berkhalwat? Apa yang akan ditulis? Macam mana tajuk dia?
Tension betul aku. Terus tak jadi aku nak berkhalwat. Terbantut niat aku. Hilang sudah mood aku. Semua salah Harian Metro. Inilah sebabnya aku tak baca surat khabar atau apa-apa berita dari media arus perdana.
Manusia suka bercanggah
Penah aku terfikir, dalam semua sifat ciri-ciri karakteristik manusia, mana yang paling lucu? Paling tak masuk akal? Sifat kebercangahan (contradictoriness) kita.
Kita sering bercangah. Boleh dikirakan normal untuk bercangah dengan orang lain tapi yang lucunya kita sering bercangah bersama diri sendiri.
Masa kita kecil, muda-muda dulu, kita tidak sabar untuk membersar, dilayan seperti seorang dewasa, tapi apabila kita sudah meningkat umur, kita rindu akan zaman kanak-kanak kita.
Masa kita di dalam alam persekolahan, kolej atau universiti, kita tidak sabar untuk melangkah ke alam perkerjaan. Apabila dalam alam perkerjaan, kita rindu akan alam persekolahan.
Kita berkerja keras sampai sakit, sampai stress, untuk mengumpul wang. Apabila kita sudah ada wang, kita belanjakan wang untuk menyihatkan diri dan menghilangkan stress.
Kita sering kali memikir akan masa depan kita, dan sering kali akan menngabai masa yang kita ada sekarang (present moment). Ini membuatkan kita tidak dapat menikmati kedua-duanya present moment dan juga masa depan.
Kita hidup seperti kita tidak akan mati. Tapi kita mati seakan-akan kita tak penah hidup.
Gile kentang betul,….
Bulan Ramadan kembali lagi
Bulan Ramadan, bulan mulia umat Islam, bulan puasa kembali lagi. Tahun ini aku menanamkan azam. Aku tidak akan meningalkan amalan puasa walau pun sehari. Banyak kebaikannya bulan Ramadan ini.
Aku sambut kedatangan Ramadan dengan berbesah hati. Aku ada azam baru. Berpuasa selama satu bulan. Tiada satu hari pun ditinggalkan. Satu bulan tidak lama. Pintu hati aku terbuka. Terbuka dengan penuh sinar cahaya. Aku ada semangat baru. Aku ada motivasi baru. Aku ada target baru.
Aku nak kumpul duit untuk beli iPod Touch. Kurang duit pergi ke rokok. Kurang duit dipakai untuk sarapan pagi dan makanan tengah hari. Kalau kerata aku pandai nak berpuasa lagi bagus, kurang duit minyak.
Selamat mejimat duit berpuasa semua.
Gile Kentang kembali mengila, kembali mengentang
<!– –>
Setelah sekian lama menghilangkan diri aku kini kembali. Kembali ke laman Friendster. Kembali ke dunia cyber. Kembali setelah mengambil masa untuk bersendirian. Bersendirian mencari erti kehidupan. Menyoal makna eksistensialisme. Siapakah aku sebenarnya? Menyoal keberadaan aku di sini. Mencari makna nihilisme. Apakah tujuan aku berada di sini? Menyoalkan alam metafizikal. Apakah tujuan aku berada di sini?
Memang benar pun, aku tak tahu makna perkataan-perkataan seperti eksistensialisme, nihilesme, empirisme. Aku saja je sebut perkataan seperti untuk nampak cool, untuk blog aku nampak cool. Nampak pandai. Awek-awek yang baca mesti terpikat. Aku ikut trend di blogosfera.
Aku dicampakkan senaska kamus.
“Bila aku jumpa makna perkataan yang aku tak tahu, aku akan cari dalam kamus, mungkin kau boleh mula di situ.” Katanya kepada aku.
Kamus tidak dapat membantu aku. Kamus sudah lapuk dimakan zaman.
Jawapan semuanya ada di Internet, dalam alam siber serba cangih. Google and Wikipedia ada segalanya. Kalau ada cara untuk membolehkan otak aku access Google and Wikipedia secara langsung, sudah tentu aku akan lakukannya. Seperti watak-watak dalam animasi Jepun ‘Ghost in The Shell’, di mana animasi tersebut telah menjadi sumber inspirasi bagi adik-beradik Wachowski untuk menghasilkan trilogi ‘The Matrix’.
*****
Dalam cerita lain, aku sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini. Tak ada masa terluang. Masa untuk melepak dengan kekawan pun kurang. Sehabisnya alam universiti, seterimanya segulung ijazah, maka bertambahlah lagi tanggungjawab.
Aku tak ada masa. Tapi sekarang sudah ada masa sikit. Masa untuk meneruskan blog ini. Masa untuk mengarut, masa untuk mengile, masa untuk mengentang, objektif sebenar blog ini. Perhatikan laman ini, subscribe feed blog ini pada feed reader anda.
Ada banyak post yang telah aku tulis. Semua masih dalam status draft menunggu masa yang sesuai untuk dipaparkan kepada semua. Perlu masa untuk proof read terlebih dahulu. Masih banyak yang perlu aku memperbaiki.
Akhir kata, hidup mesti gile kentang!