Disclaimer Gile Kentang

September 28th, 2007

Agak berbeza memblogging di Friendster, berbanding di tempat lain. Ya, aku ada banyak memblog di tempat lain. Sudah pelbagai perisian blog aku cuba. Tapi tidak banyak antara kamu, kawan-kawan aku di Friendster ini tahu akan kewujudan blog-blog tersebut. Hanya segelintir dari meraka yang tahu, itu pun bukan aku yang bagi tahu, meraka jumpa sendiri. Jangan tanya, cari sendiri.

Bezanya blog di sini, yang datang membaca adalah dari kalangan kawan-kawan atau contact yang telah aku add sebagai ‘kawan’. Meraka yang akan baca entri dalam blog ini adalah mereka yang kenal akan diri aku atau mereka yang fikir mereka kenal diri aku. Aku sediri belum kenal siapa diri aku, tapi ada yang kata mereka kenal masak dengan diri aku, pelik.

Oleh itu, agak sukar untuk aku, ‘kencing’ sikit sana-sini, menolak/tambah sini-sana, atau mereka-reka cerita untuk mempoyo-poyokan diri dan juga blog ini. Sudah tentu ada sahaja yang ingin membetulkan aku. Ada sahaja yang merasa ianya menjadi tanggungjawap mereka untuk mununjuk, mengetengahkan, point-out, kesalahan aku. Maklumlah, masyarakat Malaysia memang suka mencari kesalahan masyarakat Malaysia yang lain. Tiada yang betul atau kurang betul, semua hanya silap atau kurang silap.

Kita dilahirkan untuk membuat silap dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk point-out kesilapan tersebut. Mereka rasa meraka sudah hebat bila dapat kenal pasti kesilapan orang lain. Mereka akan berhenti sejauh itu, tidak pula disertakan pembetulannya atau cara bagaimana untuk membetulkan kesilapan aku atau orang lain. Mungkin mereka sendiri tidak tahu bagaimana. Mereka hanya tahu apa yang salah tapi tidak pula tahu apa yang betul.

Mereka yang buat salah akan dibicarakan, mereka yang tidak bersalah dilupakan begitu sahaja. Itulah hakikat dunia.

Mereka yang memandu laju, melangar lampu merah ditahan dah diberi saman. Meraka (seperti aku) pemandu berhemah, yang mematuhi had laju jalan raya, yang berhenti pada lampu merah walaupun pukul 3 pagi dan tiada kerata lain, tidak pun diberi perhatian. Mana ganjaran aku? Mana sijil aku? Mana reward aku? Ada polis tahan aku semasa aku memandu mengikut had laju untuk memuji aku? Tidak ada. Mereka buat tak tahu je.

Mereka telah dilatih untuk hanya mencari kesilapan orang, dan begitu jugak dengan segelintir dari kamu semua. Yang salah, yang jahat akan diketengahkan untuk mendapat perhatian ramai, manakala yang betul, yang baik, diabaikan begitu sahaja.

Oleh yang demikian aku mengambil kesempatan ini untuk menulis disclaimer bagi blog ini terlebih dahulu sebagai jaring keselamatan jika belakunya sesuatu yang tidak diingini. Selepas ini, tak payahlah buang masa kamu untuk meneliti aku bawah kanta mikroskop pencari kesilapan kamu semua.

Segala apa yang tertulis dalam blog ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup, yang mati, yang belum lahir mahupun yang tengah nazak, nyawa-nyawa ikan sedang menunggu ajal. Jika ada, ianya adalah secara tidak sengaja, walaupun besar kemungkinan ianya disengajakan, anggap sahaja ianya tidak disengajakan. Kalau aku ditanya, aku tidak akan mengaku, jadi jangan buang masa anda.

Hidup mesti gile kentang.




One Response to “Disclaimer Gile Kentang”

  1.   Belle on September 27, 2007 6:31 pm

    Errr.. M i missing something here? :-?

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind