Manusia suka bercanggah
Penah aku terfikir, dalam semua sifat ciri-ciri karakteristik manusia, mana yang paling lucu? Paling tak masuk akal? Sifat kebercangahan (contradictoriness) kita.
Kita sering bercangah. Boleh dikirakan normal untuk bercangah dengan orang lain tapi yang lucunya kita sering bercangah bersama diri sendiri.
Masa kita kecil, muda-muda dulu, kita tidak sabar untuk membersar, dilayan seperti seorang dewasa, tapi apabila kita sudah meningkat umur, kita rindu akan zaman kanak-kanak kita.
Masa kita di dalam alam persekolahan, kolej atau universiti, kita tidak sabar untuk melangkah ke alam perkerjaan. Apabila dalam alam perkerjaan, kita rindu akan alam persekolahan.
Kita berkerja keras sampai sakit, sampai stress, untuk mengumpul wang. Apabila kita sudah ada wang, kita belanjakan wang untuk menyihatkan diri dan menghilangkan stress.
Kita sering kali memikir akan masa depan kita, dan sering kali akan menngabai masa yang kita ada sekarang (present moment). Ini membuatkan kita tidak dapat menikmati kedua-duanya present moment dan juga masa depan.
Kita hidup seperti kita tidak akan mati. Tapi kita mati seakan-akan kita tak penah hidup.
Gile kentang betul,….
One Response to “Manusia suka bercanggah”
Leave a Reply
jibun semakin pelik…. aku harap azam bulan ramadhan ko berjaya… sbb slamer aku kenal ko br la nie aku dgr pintu hati ko terbuka luas dan di masuki cahaya utk berpuasa penuh sebulan…. harapan aku sbg seorang shabat agar ko dpt menggunakan pluang yg ada utk membeli ipod touch… (dah beli karang blh r aku pinjam)…