Aku ingin beraya di angkasa
Masa aku di bangku sekolah rendah dulu, cikgu aku penah tanya, apakah cita-cita aku. Aku cakap aku nak jadi astronaut, seorang angkasawan. Kawan-kawan aku gelakkan aku. Cikgu aku kata jadi lah engineer ke, scientist ke. Dia kata aku terpengaruh dengan wayang-wayang seperti StarWars katanya.
Aku salahkan mereka semua sebabnya aku hari ini, engineer, di rumah duduk depan kaca tv melihat orang lain yang berjaya ke angkasa lepas. Siut lah,…
Tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mungkin cikgu dan rakan-rakan kamu tidak penah gelakkan cita-cita kamu.
Noda Noda Hina (diceritakan semula)
Aku masih ingat, aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, dialah yang memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama J(nama sebenar dirahsiakan bagi melindungi yang tidak bersalah dan jugak yang bersalah). Mereka berdua berbincang. Aku nampak J menunjuk kearah aku. J menghampiri dan membawa aku pergi.
J membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Buat seketika, aku rasa gembira sekali disamping J. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.
Sesampainya kami di satu lorong yang sunyi, perlahan-lahan J menyentuh tubuhku. Badan aku dilurut-lurutnya berkali-kali. Tubuh aku rasa panas membara. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku dengan begitu sahaja.
J menghela nafas panjang, bibirnya dijauhkan dari tubuhku, apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu, masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika. J senyap tanpa sebarang bicara. Entah berapa kali jam tangannya direnungi.
Sayup-sayup kedengaran beberapa suara, seakan menghampiri kami, J kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuhku. Aku resah dengan renungan itu. Renungan yg dipenuhi nafsu serakah. J memperkenalkan aku padanya. S. begitu jugak dengan yg lain-lain H, Z dan A.
S membisikkan sesuatu pada J. Tanpa aku sedar aku kini berada dalam genggaman S. Perkara sama dilakukan lagi terhadap diri aku yang lemah ini, dari tangan ke tangan aku berpindah. Aku dikucup, diisap, diramas sepuas-puasnya. Aku tak mampu lagi menahannya. Seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuh ku dikecap mereka sepuas hati dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. Maruah hidupku hancur….
Begitulah kisah ku…..
AKU SEPUNTUNG ROKOK
*****
Ya aku tahu, lawak gile kentang yang lama…