Berjalan di Jalan Masjid India
Bila masa nak dekat raya, mesti havoc di Jalan Masjid India. Semua perniaga sibuk mendapatkan pelangan. Keadaan orang di sana pun sibuk, maca PC Fair tanpa peralatan komputer.
Aku baru sahaja pulang dari berjalan di Masjid India. Aku bersama Ray bukan nak membeli-belah, shopping raya, tapi nak tengok mereka yang masih kecoh ber-shopping raya.
Pelbagai gelagat perniaga ada. Ada yang pakai Megaphone, alat pembesar suara mudah alih. Ada yang lengkap dengan sistem PA dengan microphone tanpa wayar, macam konsert hip-hop pun ada. Ada yang pasang lagu dangdut sambil perkeja kedai semua menari lenggokan dangdut.
Yang paling hebat kedai yang ada orang berpakaian baju melayu dengan tag “new arrival”. Mati-mati aku ingat dia itu patung.
Bermacam variasi barang-barang yang diniagakan. Baju Raya, seluar Raya, kasut Raya, songkok Raya, sampin Raya, jam Raya, bunga Raya dan yang paling penting sekali berus gigi Raya yang berjenama “oral B”, harga seringgit.
Memang lebih afdal kalau pagi raya itu kita berus gigi kita.
Sedang kami berjalan di kaki lima deretan kedai, kami sering ditegur gadis-gadis comel, “Bang, masuk lah dulu. Boleh cuba” kata mereka dengan suara lembut manis meraka.
Nasib baik sini Masjid India dan bukannya lorong gelap di sekitar bukit bintang. Meraka sedang menjual baju melayu dan bukanya menjual perkhidmatan …
Berjalan-jalan di sana di waktu nak dekat Raya ini, membawa kenangan-kenangan sewaktu aku bebudak dulu. Ibu bapa aku selalu pergi Globe untuk beli kain, langsir dan entah apa-apa lagi entah.
Aku masih ingat lagi. Selalu ada konsert live di depan pasaraya Globe. Underground gig di hadapan Globe. Pengasas-pengasas artis indie. Mereka juga ada album mereka sendiri.
Album keset, bukan album gambar.
Aku kagum dengan semangat mereka memperjuangkan musik, walau pun mereka cacat penglihatan.
Tapi sekarang tiada lagi. Globe pun sudah bertukar menjadi “Sarah Hughes @ Globe”. Siapa entah si Sarah Hughes ini pun aku tak kenal.
kisah-kisah Jibone | Comments (3)Setelah sebulan berpuasa
Setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini masanya telah tiba. Masa yang dinanti-nantikan oleh semua. Masa yang ditunggu-tunggukan semua. Masa untuk kita raikan.
KAMI kini akan berada di layar perak. KAMI the movie. October ini.
Siapa nak join aku?
wayang-wayang | Comment (0)Jebonisme?
Jebonisme? Jangan buat aku gelak. Dunia siber ini hanya cukup besar untuk satu ‘Jebon’.
Jiboneus.com
Yang jauh lebih kacak dan macho, dengan ejaan yang jauh lebih moden, ‘Jibone’.
alam blogosfera | Comment (0)Lain kali baca betul-betul
Hari ketiga aku berbuka di rumah kawan. Pelbagai juadah dibeli dari Pasar Ramadan. Ikan bakar, Ayam percik semua ada.
“Dah boleh buka” Kata seorang teman sambil mencapai cawan berisi air soya lalu meminumnya.
“Belum lagi lah” Kata teman aku lagi seorang.
“Dah lah” Dia kata sambil tunjuk di kaca TV.
“Sebentar tadi telah masuknya waktu Maghrib buat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.” Dia baca dari kaca TV.
Biar betul, aku cuba baca.
“Sebentar lagi lah wei,.. bukan sebentar tadi” Kata aku pada teman aku yang sedang mengomel ayam percik.
“Eh?” Dia tengok aku dengan muka tidak percaya. Azan pun berkumandang di TV.
Selamat Berpuasa Semua.
kisah-kisah Jibone | Comment (1)Tahniah Friendster!
Jibone suka sistem blog terbaru dari Friendster.
Baru-baru ini aku dapat email dari Friendster. Mereka pelawa aku untuk mencuba sistem blog terbaru mereka. Aku setuju untuk mencubanya. Mereka memindahkan post lama aku ke blog baru.
Aku suka.
Dari apa yang dapat dilihat, meraka menggunakan sistem Wordpress. Aku memang gemar Wordpress. Aku guna wordpress untuk semua laman blog aku yang lain. Yang paling ketara adalah blog Jiboneus.com
Kini aku ada semangat baru untuk meng-update Gile Kentang selalu.
ape-ape je lah | Comment (0)