Berjalan di Jalan Masjid India
Bila masa nak dekat raya, mesti havoc di Jalan Masjid India. Semua perniaga sibuk mendapatkan pelangan. Keadaan orang di sana pun sibuk, maca PC Fair tanpa peralatan komputer.
Aku baru sahaja pulang dari berjalan di Masjid India. Aku bersama Ray bukan nak membeli-belah, shopping raya, tapi nak tengok mereka yang masih kecoh ber-shopping raya.
Pelbagai gelagat perniaga ada. Ada yang pakai Megaphone, alat pembesar suara mudah alih. Ada yang lengkap dengan sistem PA dengan microphone tanpa wayar, macam konsert hip-hop pun ada. Ada yang pasang lagu dangdut sambil perkeja kedai semua menari lenggokan dangdut.
Yang paling hebat kedai yang ada orang berpakaian baju melayu dengan tag “new arrival”. Mati-mati aku ingat dia itu patung.
Bermacam variasi barang-barang yang diniagakan. Baju Raya, seluar Raya, kasut Raya, songkok Raya, sampin Raya, jam Raya, bunga Raya dan yang paling penting sekali berus gigi Raya yang berjenama “oral B”, harga seringgit.
Memang lebih afdal kalau pagi raya itu kita berus gigi kita.
Sedang kami berjalan di kaki lima deretan kedai, kami sering ditegur gadis-gadis comel, “Bang, masuk lah dulu. Boleh cuba” kata mereka dengan suara lembut manis meraka.
Nasib baik sini Masjid India dan bukannya lorong gelap di sekitar bukit bintang. Meraka sedang menjual baju melayu dan bukanya menjual perkhidmatan …
Berjalan-jalan di sana di waktu nak dekat Raya ini, membawa kenangan-kenangan sewaktu aku bebudak dulu. Ibu bapa aku selalu pergi Globe untuk beli kain, langsir dan entah apa-apa lagi entah.
Aku masih ingat lagi. Selalu ada konsert live di depan pasaraya Globe. Underground gig di hadapan Globe. Pengasas-pengasas artis indie. Mereka juga ada album mereka sendiri.
Album keset, bukan album gambar.
Aku kagum dengan semangat mereka memperjuangkan musik, walau pun mereka cacat penglihatan.
Tapi sekarang tiada lagi. Globe pun sudah bertukar menjadi “Sarah Hughes @ Globe”. Siapa entah si Sarah Hughes ini pun aku tak kenal.
kisah-kisah Jibone |3 Responses to “Berjalan di Jalan Masjid India”
Leave a Reply
Hmmm.. Berus gigi raya huh..
Funny! 
bershopping sakan raya ni :). btw, kenapa gila kentang? hehe…
anyone wanna exchange link? slumbeRAJA
Aku tidak ber-shopping raya. Aku hanya memerhatikan mereka yang ber-shopping raya.
kenapa gila kentang? Kenapa tidak?