Lain kali baca betul-betul
September 11th, 2008 Tagged Puasa
Hari ketiga aku berbuka di rumah kawan. Pelbagai juadah dibeli dari Pasar Ramadan. Ikan bakar, Ayam percik semua ada.
“Dah boleh buka” Kata seorang teman sambil mencapai cawan berisi air soya lalu meminumnya.
“Belum lagi lah” Kata teman aku lagi seorang.
“Dah lah” Dia kata sambil tunjuk di kaca TV.
“Sebentar tadi telah masuknya waktu Maghrib buat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.” Dia baca dari kaca TV.
Biar betul, aku cuba baca.
“Sebentar lagi lah wei,.. bukan sebentar tadi” Kata aku pada teman aku yang sedang mengomel ayam percik.
“Eh?” Dia tengok aku dengan muka tidak percaya. Azan pun berkumandang di TV.
Selamat Berpuasa Semua.
kisah-kisah Jibone |One Response to “Lain kali baca betul-betul”
Leave a Reply
Happy Fasting & Happy Breaking Fast.